Britain umum pelan atasi 'bom jangka obesiti'

Britain berhasrat mengatasi masalah kegemukan kerana kajian menunjukkan ia dapat meningkatkan risiko penyakit Covid-19 dan kematian yang berkaitan. - Gambar hiasan 123RF
Britain berhasrat mengatasi masalah kegemukan kerana kajian menunjukkan ia dapat meningkatkan risiko penyakit Covid-19 dan kematian yang berkaitan. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

LONDON - Britain hari ini mengumumkan rancangan untuk menangani 'bom jangka obesiti' dengan larangan iklan untuk makanan ringan pada waktu tertentu, pembatalan tawaran 'beli satu dapat satu percuma' untuk makanan tersebut dan keputusan untuk meletakkan kalori pada menu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Sebagai tambahan kepada larangan iklan sebelum jam 9 malam (2000 GMT) bagi tawaran makanan dan rancangan untuk pengiraan kalori pada menu, kerajaan akan mengatur satu rundingan mengenai memaparkan kalori pada alkohol.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson yang telah menurunkan berat badan sejak berada dalam rawatan intensif koronavirus (Covid-19) berhasrat mengatasi masalah kegemukan kerana kajian menunjukkan ia dapat meningkatkan risiko penyakit Covid-19 dan kematian yang berkaitan.

Orang British jauh lebih gemuk berbanding bangsa lain di Eropah kecuali masyarakat Malta katanya, bulan lalu sambil menambah bahawa kerajaannya meletakkan 'menangani bom jangka obesiti' sebagai keutamaan.

"Menurunkan berat badan adalah sukar tetapi dengan beberapa perubahan kecil kita semua akan berasa lebih cergas dan sihat.

"Sekiranya kita semua melakukan yang terbaik, kita dapat mengurangkan risiko kesihatan dan melindungi diri kita daripada Covid-19 serta mengurangkan tekanan NHS (Perkhidmatan Kesihatan Nasional)," kata Johnson dalam satu kenyataan. - Bernama

Artikel Berkaitan: