X

Kindly register in order to view this article
!

Baucar RM150,000 penginapan hotel di Kelantan

Md Anizam (dua dari kanan) turut menyertai program sanitasi di Hotel Perdana hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan mengagihkan 5,000 baucar penginapan bilik hotel bernilai RM150,000 kepada 5,000 pengunjung terawal di 50 hotel terpilih di negeri ini bermula bulan depan.

Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, setiap hotel akan menerima 100 baucar yang setiap satunya bernilai RM30 dan akan diberikan kepada pengunjung terawal di hotel mereka.

Menurutnya, inisiatif diambil sebagai rangsangan bagi meningkatkan industri pelancongan domestik di negeri ini yang terkesan akibat ancaman pandemik koronavirus (Covid-19).

“Peruntukan sudahpun diluluskan dan usaha dilakukan bagi menarik pelancong datang serta menginap di hotel di Kelantan.

“Pada masa sama, prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi seperti menjaga jarak, pakai pelitup muka dan patuhi nasihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika berkunjung ke hotel di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Disinfeksi di Premis Penginapan Pelancongan Bagi Tahun 2020 di Hotel Perdana di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafie.

Program sanitasi 55 hotel di Kelantan yang dirasmikan oleh Md Anizam (tengah) bagi memastikan pengunjung berasa selesa dan selamat ketika menginap di hotel.
Program sanitasi 55 hotel di Kelantan yang dirasmikan oleh Md Anizam (tengah) bagi memastikan pengunjung berasa selesa dan selamat ketika menginap di hotel.

Beliau berkata, angka sasaran pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2020 (TMK 2020) masih kekal 5.5 juta namun pihaknya mengakui berlaku pengurangan kerana pandemik berkenaan.

“Kekangan berlaku seperti jumlah penerbangan yang berkurangan berbanding sebelumnya dan pintu-pintu sempadan juga belum dibuka.

“Bagaimanapun setakat ini, pelancongan domestik dilihat pulih antara 50 hingga 75 peratus apabila tempat pelancongan seperti pasar terapung dan sebagainya mula kembali dikunjungi orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, program disinfeksi dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Kesihatan negeri dan Persatuan Hotel Kelantan itu juga antara usaha pemulihan pelancongan.

“Kerajaan negeri turut menyumbangkan sejumlah RM27,500 atau RM500 setiap hotel bertujuan sanitasi fasiliti hotel bagi memastikan pelancong selamat ketika mengunjungi dan menginap di hotel.

“Sebagai permulaan, sanitasi dilakukan di 55 hotel iaitu 17 hotel bertaraf empat bintang ke bawah dan 38 hotel bajet serta selebihnya selepas ini,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!