Jururawat noda pesakit hingga lahirkan anak

Pihak berkuasa sedang lancarkan siasatan untuk mengetahui jika suspek turut menyerang mangsa lain di pusat jagaan kesihatan tersebut.
A
A

PHOENIX - AMERIKA SYARIKAT. Polis di Phoenix, Arizona telah menahan seorang jururawat lelaki kerana dipercayai merogol pesakit wanita sehingga mangsa melahirkan anak pada bulan lalu.

Nathan Sutherland, 36, yang merupakan jururawat praktikal berlesen diberkas selepas keputusan makmal menunjukkan DNA milik lelaki itu sepadan dengan bayi tersebut.

"Suspek bertanggungjawab menjaga mangsa di Pusat Jagaan Kesihatan Hacienda. Dari awal kita tahu tentang jenayah itu, kami telah bekerja keras untuk menyelesaikan kes tersebut," kata ketua polis Phoenix, Jeri Williams, semalam.

"Kami tidak tahu dia hamil. Bayi itu bagaimanapun berada dalam keadaan sihat. Kami juga sedang lakukan siasatan untuk mengetahui jika Sutherland ada menyerang mangsa lain di kemudahan itu," kata salah seorang penjaga pesakit itu yang berasal dari puak San Carlos Apache.

Difahamkan, Sutherland enggan memberi kerjasama ketika disoal siasat.

Susulan itu, dia bakal didakwa melakukan serangan seksual dan penderaan orang dewasa.

Pengarah pusat jagaan kesihatan itu juga dilaporkan meletak jawatan selepas kelahiran bayi terbabit. - Press TV