RUU355: Saya jawab dalam sesi perbahasan, kata Takiyuddin

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isu berkenaan pelaksanaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 akan dijawab pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat dalam masa terdekat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana perkara itu terlalu panjang untuk diperjelaskan buat masa ini.

"Itu di bawah bidang kuasa (Menteri) agama tapi mungkin saya akan sentuh sikit.

"Nanti (sebab) panjang, tidak boleh (jelas) sedikit sahaja. Saya akan jawab dalam sesi perbahasan," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan pelaksanaan RUU355 oleh kerajaan ketika ini.

Ia susulan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan berkata, parti itu yang menjadi sebahagian kerajaan tidak perlu lagi memainkan peranan untuk mendesak dalam sesuatu perkara sebaliknya mengemukakan cadangan termasuklah membabitkan RUU355 itu.

Katanya, apabila menjadi kerajaan banyak perkara yang perlu dilakukan oleh parti itu dalam usaha menjadikan RUU355 satu kenyataan.

Terdahulu, Exco Agama Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abu Hafiz Salleh Hudin menyatakan Pas tidak mempunyai persiapan teknikal daripada segi perundangan mahu pun hujah agama ketika mencadangkan RUU 355.

Artikel Berkaitan: