Quartararo teruja kongsi podium dengan Rossi

Fabio Quartararo
Fabio Quartararo
A
A
A

JUARA Grand Prix (GP) Andalusia, Fabio Quartararo mengakui teruja dapat berkongsi podium bersama legenda MotoGP, Valentino Rossi pada GP kali ini.

Quartararo berkata, detik berkenaan sungguh bermakna baginya kerana berpeluang mengabadikan kenangan bersama Rossi di podium berkenaan.

"Saya sungguh teruja dapat berkongsi podium dengannya kerana bagi saya, dia adalah seorang legenda dalam dunia MotoGP.

"Saya gembira dapat merakamkan kenangan bersamanya di podium kali ini," katanya.

Kemenangan berkenaan turut memberikan kejuaraan kedua berturut-turut buat pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu setelah muncul juara GP Sepanyol, di Litar Jerez, minggu lalu.

Kemenangan berkenaan turut menjadikan Quartararo meraih 50 mata di depan juara enam kali, Marc Marquez yang menarik diri daripada perlumbaan kali ini.

Mengulas mengenai perlumbaan berkenaan, Quartararo berkata, perlumbaan kali ini sememangnya sukar namun dia berjaya mengatasi kesukaran berkenaan hasil pelan yang telah dirancang lebih awal.

Katanya, pelan yang dirancang nyata menjadi dan seterusnya memudahkannya untuk merangkul kejuaraan kali ini.

Artikel Berkaitan:

"Perlumbaan kali ini sukar, tetapi saya ada dua plan iaitu plan A dan plan B. Saya memilih untuk menggunakan Plan A iaitu dan ternyata ia menjadi kali ini.

"Kini saya merancang pula plan bagi mengharungi GP Republik Czech di Litar Brno pula Ogos depan," katanya.