X

Kindly register in order to view this article
!

'Wanita PKR siap siaga kembalikan mandat rakyat'

Beberapa pengerusi jawatankuasa dilantik yang menampilkan wajah baharu menganggotai barisan pimpinan tertinggi wanita dalam parti itu semalam. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Wanita PKR terus bersiap siaga dalam apa jua keadaan dengan beberapa barisan kepimpinan baharu yang dilantik dalam satu mesyuarat semalam.

Setiausaha Wanita Pusat, Nor Azrina Surip berkata, jentera wanita di seluruh negara akan digerakkan bagi memastikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu kembali memerintah.

"... usaha mengangkat suara dan kebajikan rakyat menjadi keutamaan," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahli Parlimen Merbok itu berkata, pada mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat semalam, beberapa pengerusi jawatankuasa dilantik yang menampilkan wajah baharu menganggotai barisan pimpinan tertinggi wanita dalam parti.

Antaranya beliau sendiri sebagai Setiausaha Wanita Pusat; Fadhlina Sidek sebagai Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti serta G. Sivamalar selaku Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan.

Turut dilantik Dr Zaliha Mustafa sebagai Pengerusi Biro Strategi, Dasar dan Latihan manakala Loh Ker Chean dipilih sebagai Exco yang dilantik membarisi Majlis Pimpinan Wanita Pusat.

Lapan Ketua Wanita Negeri turut diumumkan selepas Majlis Konsultasi bersama Ketua-Ketua Wanita Cabang dan Pengerusi Majlis Pimpinan di negeri masing-masing.

Mereka ialah Rodziah Ismail (Ketua Wanita Selangor), Rohaidah Mamat (Ketua Wanita Wilayah), Amni Idris (Negeri Sembilan), Naziratul Aini Muhamad Sayuty (Kelantan), Junaida Jamaludin (Perak), Napsiah [email protected]aharan (Johor), Che Meriah Che Endut (Terengganu) dan Barirah Mokhtar (Pahang).

"Ketua Wanita enam negeri lagi akan diumum kemudian," katanya.

Nor Azrina berkata, selain menzahirkan kesatuan yang tidak berbelah bahagi, pimpinan terbaru itu bukan sahaja menampilkan beberapa wajah baharu malah turut menterjemahkan penggemblengan golongan muda dan mereka yang sangat berpengalaman dalam satu acuan pelbagai kaum.

Pada 11 Julai lepas, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita PKR yang baharu selepas bekas penyandangnya, Haniza Mohamed Talha dipecat oleh parti pada 29 Jun. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!