Pinda perlembagaan untuk tubuh cawangan Bersatu

Ronald Kiandee - Foto Bernama
Ronald Kiandee - Foto Bernama
A
A
A

KUANTAN - Setiausaha Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mencadangkan, supaya perlembagaan parti berhubung penubuhan cawangan dipinda bagi menambah jumlah cawangan sedia ada.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, pindaan itu perlu supaya penubuhan cawangan tidak lagi dibuat berdasarkan jumlah Pusat Daerah Mengundi (PDM) di setiap kawasan Parlimen.

“Penubuhan cawangan berdasarkan jumlah PDM, menyebabkan jumlah cawangan terhad. Jika jumlah cawangan ditambah seperti berasaskan kampung, maka ia membuka peluang kepada lebih ramai individu untuk menjadi ahli.

“Ini sesuai dengan perkembangan semasa parti, yang semakin mendapat sambutan daripada mereka yang ingin menjadi ahli,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Berdasarkan Fasal 11.2 Perlembagaan Bersatu, penubuhan cawangan adalah satu cawangan bagi setiap satu PDM. - Bernama

Artikel Berkaitan: