'Kasihani anak-anak anda, mereka tidak mengerti...'

Notis penutupan telah diletakkan namun masih terdapat segelintir ibu bapa membawa anak-anak menggunakan taman permainan di taman awam.
Notis penutupan telah diletakkan namun masih terdapat segelintir ibu bapa membawa anak-anak menggunakan taman permainan di taman awam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengingatkan kepada orang ramai khususnya pengunjung taman awam agar mematuhi peraturan yang ditetapkan susulan penularan koronavirus (Covid-19).

DBKL menerusi kenyataan memaklumkan taman awam dibuka hanya untuk riadah ringan bermula jam 7 pagi sehingga 7 malam dan kemudahan dalam taman seperti taman permainan kanak-kanak masih ditutup.

Notis penutupan telah diletakkan namun masih terdapat segelintir ibu bapa membawa anak-anak menggunakan taman permainan di taman awam.
Notis penutupan telah diletakkan namun masih terdapat segelintir ibu bapa membawa anak-anak menggunakan taman permainan di taman awam.

"Notis penutupan telah dipaparkan tetapi anda sengaja mengingkarinya... anda tak kasihan apa yang akan menimpa kepada anak-anak anda.

"Mungkinkah ini kali terakhir anda akan menatap wajah anak-anak anda? Kami buka taman ini untuk anda beristirehat setelah anda lelah bekerja bukan untuk anda menjadi mangsa," katanya.

DBKL meminta orang ramai untuk bersama mencegah penularan wabak Covid-19.

"Bantu kami untuk kita mengakhiri pandemik ini. Kawal anak-anak anda... mereka tidak mengerti," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: