Satu lagi kes baharu Covid-19 direkodkan di Kelantan

Dr Izani Husin
Dr Izani Husin
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan pertambahan satu lagi kes koronavirus (Covid-19) terbaharu hari ini membabitkan seorang bukan warganegara (Indonesia).

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin hari ini menerusi Facebook rasmi beliau.

“Satu kes baharu jangkitan Covid-19 (kes import) direkodkan di Kelantan hari ini melibatkan bukan warganegara (Indonesia), kini dirawat di Hospital Tumpat.

“Dengan pertambahan terbaharu menjadikan secara keseluruhan dua kes aktif di Kelantan,” katanya.

Sebelum ini pada 18 Julai lalu, Kelantan merekodkan satu kes terbaharu selepas hampir dua bulan negeri ini bebas Covid-19.

Kes terdahulu membabitkan seorang warga Pakistan yang mana lelaki itu dipercayai tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 3 Julai lalu.

Dalam perkembangan sama, Dr Izani menerusi Facebooknya turut mengingatkan rakyat di negeri ini agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya kes positif baharu jangkitan Covid-19 dalam negara mencecah tiga angka.

Artikel Berkaitan:

Laporan oleh Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa peningkatan itu berikutan kealpaan diri sendiri dan lupa serta melanggar SOP hingga akhirnya menyebabkan kes merebak semula.