X

Kindly register in order to view this article
!

13 pelacur warga asing ditahan

Antara mereka yang ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Johor Bahru Selatan, Johor Bahru, semalam.
A
A

JOHOR BAHRU - Kegiatan pelacuran melibatkan 13 wanita warga asing di kondominium dan hotel sekitar daerah Johor Bahru terbongkar semalam.

Mereka ditahan dalam tiga serbuan berasingan dari jam 3 petang hingga 11 malam di Kondominium Tanjung Puteri, Hotel Sentral dan Hotel Miyabi Boutique, Permas Jaya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada enam wanita Vietnam; empat wanita Thailand; dua wanita Filipina dan seorang wanita Indonesia.

"Turut ditahan seorang lelaki warga Myanmar. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun. Kita juga merampas 38 keping kondom, 11 helai tuala, 10 unit telefon bimbit, 10 botol minyak pelincir dan wang tunai berjumlah RM6,090," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara barangan yang dirampas dalam operasi sekitar Johor Bahru Selatan, Johor Bahru, semalam.
Antara barangan yang dirampas dalam operasi sekitar Johor Bahru Selatan, Johor Bahru, semalam.

Katanya, mereka disiasat di bawah Seksyen 372 B Kanun Keseksaan, Seksyen 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 serta Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Selain itu, Ayob Khan memberitahu, Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor melakukan 266 serbuan menerusi Ops Noda dari Januari lalu hingga kelmarin dan berjaya menangkap 1,314 orang.

Jelasnya, daripada jumlah itu, 474 adalah warga tempatan dan 940 warga asing melibatkan warga China seramai 20 orang; Filipina (9); Indonesia (50); Myanmar (8); Thailand (365); Vietnam (270); Kemboja (2); Laos (6); Sri Lanka (1); Bangladesh (2) dan Korea (6).

Sementara itu, beliau berkata, polis Johor membuat 18 serbuan aktiviti perjudian di daerah berkenaan kelmarin dan menahan 18 individu terdiri daripada 16 lelaki dan seorang wanita tempatan selain seorang wanita Indonesia.

Pihaknya merampas 18 telefon bimbit, enam unit pencetak, 43 helai kertas catitan dan wang tunai RM2,201 manakala kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(C) dan Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Dalam pada itu, Ayob Khan memberitahu, IPK melakukan 1,241 serbuan dalam Ops Dadu dari Januari hingga kelmarin dan menahan 2,176 individu yang terlibat dalam kegiatan perjudian.

"Daripada serbuan dan pemeriksaan dijalankan sebanyak 78 set komputer, 48 komputer riba, 1,254 telefon bimbit, 22 tab dan wang tunai berjumlah RM647,105 berjaya dirampas," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!