Ajal terjatuh ke Sungai Kampung Sabak Feri

Anggota bomba menaikkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba menaikkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis. - Foto ihsan bomba
A
A
A

ROMPIN - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh di Sungai Kampung Sabak Feri di sini ditemui mati akibat lemas, pagi tadi.

Mayat, Che Ku Jalil Engku Man, 49 ditemui kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan jatuh.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, laporan berhubung kehilangan mangsa diterima kira-kira jam 10.11 pagi sebelum 16 anggota bomba termasuk pegawai ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurutnya, operasi turut dibantu pihak polis dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Pasukan pertama bomba terdiri daripada lima anggota melakukan operasi pencarian menggunakan bot penyelamat bermula dari Kuala Sungai Rompin sehingga ke Kampung Menchali.

"Pasukan kedua melakukan pencarian di pesisir sungai ke Kampung Menchali dengan kekuatan enam anggota," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Anuar berkata, mayat mangsa yang dilaporkan hilang oleh nelayan tempatan berjaya ditemui dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, operasi SAR ditamatkan kira-kira jam 1 tengah hari, hari ini.

Artikel Berkaitan: