Muhyiddin dialu-alukan kembali kepada UMNO

Tajuddin
Tajuddin
A
A
A

GEORGETOWN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dialu-alukan sekiranya mahu menyertai UMNO semula.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, bukan sahaja Muhyiddin malah mana-mana bekas pemimpin UMNO yang lain boleh ke pangkuan parti itu sekiranya mereka inginkan.

Menurutnya, langkah itu akan dapat memperkukuhkan semula UMNO malah dapat menyelesaikan isu-isu berbangkit lain berkenaan parti sebelum ini.

"Pandangan saya lebih baik mereka balik semula kepada UMNO dan terus kukuhkan semula parti seperti dulu.

"Selain itu, kita juga dapat menyelesaikan masalah dan isu seperti pengagihan dan rundingan kerusi pada masa akan datang," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-13 Rapid Penang di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ubah keputusan pecat Muhyiddin

Sebelum ini Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO boleh mengubah semula keputusan pemecatan Muhyiddin daripada parti itu pada tahun 2016 sekiranya mahu menerimanya semula.

Beliau berkata, UMNO bersedia menerima kehadiran semula Muhyiddin jika beliau berhasrat menyertai parti itu.

Artikel Berkaitan:

Tajuddin (tengah) memotong kek sempena ulang tahun ke-13 Rapid Penang.
Tajuddin (tengah) memotong kek sempena ulang tahun ke-13 Rapid Penang.

Menurutnya, itu akan memberi kesan positif kepada kedua-dua pihak dalam banyak perkara terutama pembahagian kerusi pilihan raya.

Sementara itu, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, tidak timbul isu ataupun konflik mengenai kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO sekiranya Muhyiddin kembali kepada parti itu.

Katanya, soal jawatan Presiden UMNO terpulang kepada ahli untuk menentukan dan bukan ditentukan oleh individu atau sesiapa

"Kalau Muhyiddin dapat sokongan, beliaulah jadi Presiden, kalau Ahmad Zahid dapat sokongan, beliaulah jadi Presiden.

"UMNO dijangka mengadakan pemilihan parti tahun hadapan, jadi soal jawatan sama ada kekal atau tidak biarlah ditentukan ahli dalam pemilihan itu nanti," katanya.