Barang terpakai punca denggi meningkat

Hamdan
Hamdan
A
A
A

KUANTAN - Barang terpakai yang tidak diurus dengan baik antara punca peningkatan demam denggi di negeri ini pada tahun ini yang meningkat kepada 70.4 peratus.

Pada tahun ini sebanyak 1,762 kes demam denggi direkodkan berbanding 1,027 kes pada tahun lalu dalam tempoh yang sama sehingga 13 julai.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Hamdan Hussin berkata, disebabkan itu pihaknya bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk membeli semua barang terpakai menerusi 'trash to cash' bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Menurutnya, sepanjang tiga bulan program itu berlangsung, pihaknya dan SWcorp telah berjaya mengumpulkan hampir 63,339.98 kilogram (kg) sampah terpakai daerah ini.

"Jadi pihak Swcorp telah membayar kira-kiraM18,981.74 kepada individu dan masyarakat yang menjual barang terpakai pada program itu setiap hujung minggu.

"Program itu (trash to cash) dibuat bagi memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menyimpan barang terpakai kerana ia penyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes," katanya ketika ditemui pada program gotong-royong perdana Gugusan Sungai Sungai Isap 2020 di Tapak Parkir hadapan Majlis Al- Falah Sungau Isap hari ini.

Beliau berkata, premis yang melanggar Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan dikenakan kompaun.

Katanya, sehingga kini pihaknya sudah mengeluarkan 194 kompaun dan 29 notis kepada pemilik premis yang melanggar akta di bawah kesalahan kacau ganggu, premis kotor dan kebersihan jalan.

Artikel Berkaitan:

"Sehingga kini terdapat enam kes yang telah dibuat pendakwaan di mahkamah dan sedang menunggu untuk dibicarakan," katanya.