X

Kindly register in order to view this article
!

Pas Selangor harap pakej rangsangan ekonomi sampai golongan sasar

Ahmad Yunus
A
A

SHAH ALAM - Pas Selangor berharap agar Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor yang diumumkan kerajaan negeri baru-baru ini akan dapat disalurkan kepada golongan sasar dengan sebaiknya.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sebelum ini, kerajaan Selangor mengumumkan pakej rangsangan berkenaan bagi membantu rakyat negeri ini yang terkesan dengan pandemik koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, Yunus berkata, pihaknya berharap agar setiap sen daripada peruntukan yang disediakan itu akan benar-benar sampai kepada golongan sasar yang ditetapkan.

"Semoga semua pihak terutamanya para pengguna akan mendapat laba keuntungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor tersebut tanpa ada yang ditinggalkan atau dianaktirikan," katanya menerusi kenyataan Perutusan Hari Pengguna 2020 hari ini.

April lalu, kerajaan Selangor mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 melibatkan peruntukan sebanyak RM272.5 juta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM400 juta khusus untuk menangani impak Covid-19.

Mengulas lanjut, Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang turut menyeru agar pengguna khususnya rakyat Selangor agar lebih berhemah dalam melakukan pembelian barangan keperluan masing-masing.

"Utamakanlah kedai barangan dengan harga mampu beli dan munasabah.

"Amalkan sikap berjimat cermat, bertimbang rasa, tidak boros dan membeli mengikut keperluan," katanya.

Tambahnya, Covid-19 telah memberikan kesan agak teruk kepada pengguna daripada kelompok B40 dan M40 yang kehilangan mata pencarian mereka.

"Bagaimana pun, pengguna terpaksa juga berbelanja untuk mengurus kehidupan mereka dengan kos kewangan yang minima," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!