Remaja 14 tahun pula mangsa serangan buaya di Sarawak

buaya_
buaya_
A
A
A

KUCHING - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang keluar mencari siput di sungai bersama ibu saudara dan dua lagi rakannya menjadi mangsa terbaharu serangan buaya di Sarawak dalam tempoh tiga hari.

Dalam kejadian pagi ini, mangsa dikenali sebagai Ricky Ganya disambar buaya ketika sedang mencari siput di sebatang sungai di Rumah Dadat, Tanjung Manis di Mukah dekat sini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak menerima panggilan kecemasan berkenaan insiden itu pada jam 11.28 pagi dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis bergegas ke lokasi.

Kejadian itu menyusuli insiden pada Jumaat lalu apabila seorang lelaki dilaporkan disambar seekor buaya di Sungai Seduku, anak sungai Batang Lupar dekat Rumah Panjang Tuntun, Sri Aman.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki jadi korban terbaru serangan buaya di Sarawak

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat masih gagal mengesan mangsa.

Kong Gindi, 47, dipercayai disambar buaya ketika dia dan rakannya dikenali Saji Thomas, 52, sedang mencuci perahu di sungai berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: