Mayat pemancing ditemui terapung

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat pagi tadi.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Mayat pemancing yang hilang selepas dilaporkan terjatuh di tiang 32 Jambatan Pulau Pinang, Jumaat lalu ditemui pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, mayat Y Gananaphan, 27, ditemui terapung oleh nelayan di perairan Persiaran Karpal Singh kira-kira jam 9.48 pagi.

Menurutnya, mereka kemudiannya menghubungi pasukan bomba yang sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa sebelum mayat dibawa ke Jeti Perikanan Karpal Singh.

"Mayat mangsa yang masih berpakaian dibawa naik sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Mayat kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ketika memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang di KM 4.0 arah pulau menghala ke Perai pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: