X

Kindly register in order to view this article
!

Empat daerah di Selangor bertukar zon kuning

Infografik dimuat naik di laman Facebook STFC semalam.
A
A

SHAH ALAM - Empat daerah di Selangor kini zon kuning selepas berlakunya pertambahan kes aktif koronavirus (Covid-19).

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi infografik dikongsikan di Facebook semalam memaklumkan, empat daerah berkenaan adalah Sepang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

STFC melaporkan mukim Cheras mengesan kes aktif terbaharu dan menjadikan daerah Hulu Langat zon kuning keempat di negeri ini.

Kini hanya daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Klang masih direkod sebagai zon hijau.

Berdasarkan infografik berkenaan terdapat tiga kes baharu dikesan di negeri ini melibatkan dua kes tempatan dan satu kes luar negara.

Dalam pada itu, STFC turut mengingatkan orang ramai bahawa tiada sebarang kompromi bagi pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan pematuhan normal baharu di negeri ini.

"Anda boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya cuai dan leka. Jika anda tetap cuai melaksanakan perkara-perkara ini, ekonomi mampu tergendala dan bakal menjejaskan negara," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus