X

Kindly register in order to view this article
!

Sukar untuk MAB, AirAsia bergabung: Khazanah

Shahril Ridza Ridzuan
A
A

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd menegaskan bahawa sebarang penggabungan antara Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan syarikat penerbangan tambang rendah seperti AirAsia sukar untuk dilaksanakan.

Pengarah Urusan Khazanah Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, model perniagaan yang berbeza dan budaya kerja yang berlainan membuktikan gabungan dua entiti seperti itu jarang membuahkan hasil.

“Malaysia memerlukan syarikat penerbangan tambang rendah dan syarikat yang menawarkan penerbangan nilai tinggi seperti Malaysia Airlines untuk wujud bersama berikutan kita perlu memenuhi pelbagai segmen pasaran.

“Oleh itu, saya fikir untuk strategi jangka panjang Malaysia, penting untuk memberikan pilihan yang mencukupi, bukan hanya kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada pelancong luar untuk datang ke negara ini,” katanya dalam program Money Matters terbitan TV3 pada Sabtu.

Khazanah Nasional merupakan pemilik penuh MAB.

Sebelum ini, Shahril dilaporkan berkata, Khazanah sedang menunggu pelan pemulihan strategik yang akan dirangka pengurusan Malaysia Airlines. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!