Enam pendaki sesat berjaya dibawa turun

Kumpulan enam pendaki berjaya ditemukan dalam keadaan selamat selepas tersesat ketika menuruni Gunung Liang semalam. - Foto JBPM Perak
Kumpulan enam pendaki berjaya ditemukan dalam keadaan selamat selepas tersesat ketika menuruni Gunung Liang semalam. - Foto JBPM Perak
A
A
A

TANJUNG MALIM - Sekumpulan enam pendaki yang dilaporkan sesat lebih lima jam ketika menuruni Gunung Liang di sini berjaya ditemukan pasukan penyelamat tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kesemua ditemukan kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas pasukan penyelamat digerakkan apabila menerima laporan daripada orang awam pada jam 8 malam.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan dua pegawai dan 35 anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Perhutanan serta Pejabat Kesihatan Daerah.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa sesat Gunung Liang digerakkan selepas menerima maklumat semalam. - Foto JBPM Perak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa sesat Gunung Liang digerakkan selepas menerima maklumat semalam. - Foto JBPM Perak

“Pasukan pertama terdiri daripada dua pegawai dan 14 anggota memulakan pendakian untuk mencari dan menyelamat mangsa pada jam 10.55 malam manakala 21 anggota lain bersiap sedia di Sungai Dara.

“Dua pendaki pertama termasuk seorang wanita berjaya ditemukan pasukan pada jam 11.20 malam manakala empat lelaki ditemui sejam kemudian,” katanya.

Sulizmie berkata, kesemua pendaki berusia 33 hingga 67 tahun itu berjaya dibawa turun pada jam 1.55 pagi.

“Kesemua mereka ditemui dalam keadaan selamat telah dibawa ke pejabat Jabatan Perhutanan Slim River untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pasukan bomba bersama agensi lain digerakkan untuk mencari enam mangsa tersesat di Gunung Liang. - Foto JBPM Perak
Pasukan bomba bersama agensi lain digerakkan untuk mencari enam mangsa tersesat di Gunung Liang. - Foto JBPM Perak