Biar rakyat tentukan siapa mereka nak pilih: Najib

Najib ketika sesi walkabout di Pasar Pagi Sungai Koyan 1, pagi tadi.
Najib ketika sesi walkabout di Pasar Pagi Sungai Koyan 1, pagi tadi.
A
A
A

LIPIS - Amalan demokrasi pilihan raya perlu berlangsung secara sihat supaya pengundi boleh memilih pemimpin yang dikehendaki untuk mewakili mereka.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata demikian selepas pelbagai kontroversi oleh jentera kempen PH dalam PRK Cameron Highlands kali ini.

Menurutnya, sudah banyak penyalahgunaan undang-undang pilihan raya dikesan membabitkan pelbagai isu oleh jentera kempen PH.

"Beberapa kejadian yang sukar nak dinafikan dengan bukti yang ada... dalam video dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN:Guna kenderaan kerajaan, calon PH minta henti serta-merta

"Kita tak mahu pilihan raya ini tercemar dengan sebarang kesalahan dan mahu ia berlangsung dengan sihat supaya rakyat boleh memilih siapa yang mereka benar-benar hendak mewakili mereka," katanya lagi.

Beliau ditemui ketika sesi walkabout di Pasar Pagi Felda Sungai Koyan 1, pagi tadi.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, ditanya peluang BN, Najib optimis dengan peluang yang dimiliki oleh parti tersebut.

"Kalau ikut pada suasananya.. Alhamdulillah la.. nampaknya (boleh menang) namun kita sedar apa-apa pun pun boleh berlaku," katanya merujuk kepada kontroversi yang berlaku sepanjang kempen tersebut.

Mengulas kehadirannya pada PRK tersebut untuk pusingan kedua, Najib memberitahu, ia adalah kehendak masyarakat di kawasan tersebut.

"Saya datang ke sini berkempen atas kehendak masyarakat tempatan dan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Pengarah Operasi PRK BN telah menyatakan orang di sini memang nakkan saya datang.

"Jadi salah satu hubungan saya dengan mereka dan sumbangan di kawasan ini,kira banyak juga saya bagi.Sebab itu mereka nak saya datang berkempen di sini.Kalau kira sumbangan memang jauh lagi BN (bagi)," ujarnya.