Dilema Liverpool lamar pemain bintang

Jurgen Klopp perlu mencari pemain bertaraf bintang yang mampu menggantikan pemain utama jika ada yang mengalami kecederaan atau mereka terpaksa mengharungi jadual padat.
Jurgen Klopp perlu mencari pemain bertaraf bintang yang mampu menggantikan pemain utama jika ada yang mengalami kecederaan atau mereka terpaksa mengharungi jadual padat.
A
A
A

LIVERPOOL bakal berdepan kesukaran untuk membawa masuk pemain berstatus bintang ke Anfield bagi mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Bekas tonggak Liverpool, Luis Garcia berkata, pengendali The Reds, Jurgen Klopp perlu mencari pemain bertaraf bintang yang mampu menggantikan pemain utama jika ada yang mengalami kecederaan atau mereka terpaksa mengharungi jadual padat.

"Masalahnya adalah tiada pemain yang bagus atau pemain bintang yang mahu datang ke Liverpool. Sudah tentu Klopp akan mengekalkan pemain sedia ada dalam kesebelasan utama seperti Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamed Salah.

"Bagaimanapun, Liverpool memerlukan pemain bertaraf bintang yang mampu untuk menjadi pemain sokongan, sekali gus memastikan pasukan terus berjaya menjadi yang terbaik di Eropah," katanya.

Pada masa sama, Garcia turut menjangkakan Klopp bakal menghadapi dilema untuk membuat pilihan dalam kesebelasan utama jika ramai pemain berstatus bintang menyarung jersi The Reds.

"Pilihan yang ada hanya dengan merekrut pemain muda. Jika anda membawa masuk senior, sudah tentu dia tidak akan gembira apabila hanya memanaskan bangku simpanan," jelasnya.

Artikel Berkaitan: