Tiga rumah musnah dibadai kepala air

Kepala air yang deras bersama lumpur berlaku secara tiba-tiba menyebabkan rumah terlibat musnah. - Foto ihsan JBPM
Kepala air yang deras bersama lumpur berlaku secara tiba-tiba menyebabkan rumah terlibat musnah. - Foto ihsan JBPM
A
A
A

LIPIS - Tiga buah rumah di Pos Lenjang di sini musnah selepas dihanyutkan kepala air dalam kejadian pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, kepala air yang deras bersama lumpur berlaku secara tiba-tiba menyebabkan rumah terlibat musnah.

Antara rumah penduduk yang terbabit dalam kejadian tersebut. - Foto ihsan JBPM
Antara rumah penduduk yang terbabit dalam kejadian tersebut. - Foto ihsan JBPM

Kejadian itu juga menyebabkan tanah runtuh dan laluan ke Pos Titom di sini terputus.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir bagaimanapun berkata, tiada sebarang insiden kecederaan atau nyawa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Tanah runtuh yang berlaku menyebabkan laluan ke Pos Titom, Lipis yang terputus. - Foto ihsan JBPM
Tanah runtuh yang berlaku menyebabkan laluan ke Pos Titom, Lipis yang terputus. - Foto ihsan JBPM

Menurutnya, kesemua penghuni rumah terbabit sempat menyelamatkan diri.

"Situasi ini bagaimanapun menyebabkan laluan terputus dan kenderaan tidak dapat keluar masuk ke Pos Lenjang," katanya di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: