Komited pelihara makanan tradisional

Mohd Khuzzan (dua, kanan) melihat peserta menyediakan makanan tradisional.
Mohd Khuzzan (dua, kanan) melihat peserta menyediakan makanan tradisional.
A
A
A

BATU PAHAT - Kerajaan Johor mengharapkan penglibatan semua pihak dalam usaha memartabatkan makanan tradisional agar seni pembuatan dan keasliannya dapat dikekalkan.

Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, makanan tradisional dilihat makin pupus dan dilupakan generasi muda, ditambah kurangnya individu yang boleh membuat makanan tradisi itu.

“Seperti di Johor, kita terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisi dan antara makanan popular di negeri ini ialah nasi ambeng dan burasak serta lain-lain lagi yang menjadi simbol kepada keunikan dan kepelbagaian etnik di Johor.

“Jadi, usaha kita ketengahkan semula makanan tradisional adalah dengan mengadakan pertandingan melibatkan golongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Sukarelawan, Sukan dan Tradisi @Batu Pahat libatkan pelajar dan kakitangan Politeknik Metro Johor Bahru di Kampung Separap, semalam.

Artikel Berkaitan: