Melecur disambar api ketika potong tong dram

Mangsa melecur 30 peratus di bahagian badan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan.
Mangsa melecur 30 peratus di bahagian badan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang lelaki Bangladesh melecur 30 peratus bahagian badan selepas disambar api ketika memotong tong dram mengandungi bahan pelarut cat.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Mohd Shukri Jamaludin berkata, tong tersebut terbakar ketika mangsa yang berusia 31 tahun itu sedang memotongnya.

Menurutnya, kejadian berlaku di Taman Meranti, Butterworth pada jam 4 petang tadi.

Mangsa disambar api ketika memotong tong dram mengandungi bahan pelarut cat.
Mangsa disambar api ketika memotong tong dram mengandungi bahan pelarut cat.

"Mangsa tidak sempat melarikan diri ketika tong tersebut terbakar dan siasatan mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah tong dram yang mengandungi baki bahan pelarut cat.

"Mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya, Butterworth untuk rawatan. Api berjaya dipadamkan oleh anggota pasukan bomba sukarela," katanya ketika dihubungi tadi.

Artikel Berkaitan: