Ribuan bantah serangan ke atas kebebasan media di Hungary

Timbalan Editor Index, Veronica Munk ketika memaklumkan tentang keputusan lebih 80 kakitangan mereka yang meletak jawatan semalam. - Foto Agensi
Timbalan Editor Index, Veronica Munk ketika memaklumkan tentang keputusan lebih 80 kakitangan mereka yang meletak jawatan semalam. - Foto Agensi
A
A
A

BUDAPEST - Ribuan penunjuk perasaan di Hungary berarak menuju ke pejabat Perdana Menteri, Viktor Orban semalam sebagai membantah serangan pemerintah terhadap kebebasan media susulan pemecatan ketua editor laman berita bebas terkenal di negara itu.

Terdahulu, tiga editor laman Index.hu dan lebih 80 wartawan bersamaan hampir seluruh staf nekad meletak jawatan sebagai usaha untuk memberi tekanan selepas pemiliknya enggan mengembalikan semula jawatan Szabolcs Dull yang disingkirkan pada Rabu lalu.

"Protes ini bukan kerana kami penyokong Index tetapi sebagai tanda membantah tindakan pemerintah yang menyekat kebebasan media," kata penunjuk perasaan, Istvan, 30.

Kira-kira sebulan lalu, Dull memberi amaran bahawa laman berita terbesar pengkritik lantang pemerintah itu berada dalam bahaya selepas mendakwa ada pihak luar yang cuba untuk mempengaruhi kandungannya.

Ia disusuli dengan pembelian 50 peratus agensi pengiklanan Index oleh ahli perniagaan terkemuka, Miklos Vaszily yang merupakan penyokong kuat Orban pada Mac lalu.

Sejak beberapa tahun lalu, kebanyakan rangkaian berita bebas terpaksa menutup operasi atau dibeli sekutu pemerintah. - Agensi

Artikel Berkaitan: