310 individu ingkar PKPP dikompaun RM1,000

Antara individu yang ditahan polis dalam serbuan di tiga pusat hiburan, semalam.
Antara individu yang ditahan polis dalam serbuan di tiga pusat hiburan, semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai 310 individu ditahan dalam operasi berasingan di tiga pusat hiburan sekitar Petaling Jaya semalam kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua mereka membabitkan 200 lelaki dan 110 wanita dikenakan kompaun RM1,000 semalam.

Katanya, mereka yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun didapati berkumpul di dalam pusat hiburan itu.

"Kita dapati kumpulan berkenaan telah melakukan kesalahan mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 7) 2020," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Dalam Perkembangan sama, Nik Ezanee memaklumkan polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun kerana disyaki menggaji pekerja asing tanpa permit kerja yang sah.

"Kita turut menahan 10 lelaki warga asing berusia 25 hingga 30 tahun yang disyaki bekerja di dalam pusat hiburan itu tanpa permit yang sah.

"Kesemua mereka telah disiasat mengikut Seksyen 39(b) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Artikel Berkaitan: