Op Benteng diperhebat elak sempadan negara dibolosi

Angkatan Tentera Malaysia bersama pasukan keselamatan negara di bawah NTF mengatur gerak aset masing-masing bagi memperhebat Op Benteng di sempadan Malaysia-Thailand di Kedah dan Perlis. Foto: Bernama
Angkatan Tentera Malaysia bersama pasukan keselamatan negara di bawah NTF mengatur gerak aset masing-masing bagi memperhebat Op Benteng di sempadan Malaysia-Thailand di Kedah dan Perlis. Foto: Bernama
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Angkatan Tentera Malaysia bersama pasukan keselamatan negara di bawah Pasukan Petugas Khas (NTF) mengatur gerak aset masing-masing bagi memperhebat Op Benteng di sempadan Malaysia-Thailand di Kedah dan Perlis bagi meng

Panglima Briged Keenam Infantri, Brig Jen Datuk Mohd Halim Khalid berkata, aset-aset seperti kenderaan tempur infantri 'Gempita' dan dron digerakkan selain berkongsi maklumat risikan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia.

"Dron digunakan untuk membuat pengawasan di kawasan sempadan manakala 'Gempita’ yang dilengkapi radar canggih juga telah diatur gerak ke Langkawi untuk memantau kawasan sekitar pantai.

"Menerusi Op Benteng, pihak tentera berkongsi maklumat risikan dengan pasukan keselamatan lain dalam memastikan cubaan menyeludup barangan seperti daun ketum serta PATI dapat dipatahkan,” katanya kepada Bernama dalam liputan media eksklusif Op Benteng di sini.

Mohd Halim berkata, pihaknya percaya sindiket penyeludupan akan mula menggunakan jalan darat untuk melakukan kegiatan mereka terutama pada musim tengkujuh.

"Sekarang keadaan laut sedikit bergelora, mungkin sindiket akan cuba masuk menggunakan sempadan daratan untuk masuk dan pihak tentera bersama agensi lain sentiasa memantau perkara ini.

"Cubaan untuk masuk dan keluar negara juga mungkin akan bertambah menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, selain rondaan jalan kaki di kawasan pagar sempadan oleh pihaknya bagi menutup ruang pencerobohan, PGA turut menerima bantuan Pasukan Gerakan Udara PDRM yang melakukan rondaan udara di sempadan Malaysia-Thailand di kedua-dua negeri.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata 2,105 PATI, 572 tekong serta 126 penyeludup ditahan sejak 1 Mei hingga 23 Julai dalam Op Benteng bagi mengawal sempadan negara. - Bernama