Hsien Loong umum Kabinet baharu Singapura

Lee Hsien Loong
Lee Hsien Loong
A
A
A

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan barisan Kabinet baharunya termasuk Heng Swee Keat yang dilantik semula sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Semasa mengumumkan ahli jemaah menteri baharunya melalui persidangan media dalam talian, Hsien Loong berkata, Swee Keat juga akan memikul tanggungjawab tambahan sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Ekonomi.

Sementara itu, Chan Chun Sing kekal sebagai Menteri Perdagangan dan Industri manakala Ong Ye Kung dilantik sebagai Menteri Pengangkutan selepas penyandang terdahulu Khaw Boon Wang bersara.

Dua menteri kanan Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam masing-masing kekal sebagai Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Sosial.

Hsien Loong berkata, seramai 37 orang akan dilantik menyamai barisan Kabinet 2015.

Parti Tindakan Rakyat yang diterajui Hsien Loong selaku Setiausaha Agung mengekalkan kuasanya pada pilihan raya umum republik itu apabila memenangi 83 daripada 93 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: