PPS ditutup, penduduk Papar dibenar pulang

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Penduduk dari 13 buah kampung di Papar yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masyarakat Papar semalam dibenarkan pulang hari ini selepas banjir di kawasan terjejas mula surut.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataannya di sini berkata, PPS berkenaan yang menempatkan 29 penduduk daripada 13 keluarga ditutup pada 1 petang tadi.

Mereka dipindahkan pada jam 8 malam tadi selepas kampung mereka dinaiki air susulan hujan lebat selama beberapa jam sejak petang semalam sekali gus menyebabkan paras air Sungai Papar meningkat secara mendadak dan melimpah ke kampung terbabit.

Kampung yang terlibat ialah Kampung Tanaki, Kawang, Gusi, Sri Menanti, Pekan Kinarut, Anak Kinarut,Taman Gloxinia,Taman Rose Garden, Kelanahan, Kopimpinan, Beringis, Somboi dan perumahan flat keretapi Kinarut.

Menurut kenyataan itu, tiga laluan terputus iaitu Jalan Sabindo-Kinarut, Jalan Kampung Anak Kinarut dan Jalan Pekan Kinarut selain dua buah sekolah turut terjejas iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan Kinarut dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kin Kiau. - Bernama

Artikel Berkaitan: