Perhilitan pasang perangkap harimau kumbang

Anggota Perhilitan Negeri Sembilan memasang perangkap di kawasan UiTM Kuala Pilah untuk menangkap seekor harimau kumbang yang didapati berkeliaran di kampus berkenaan.
Anggota Perhilitan Negeri Sembilan memasang perangkap di kawasan UiTM Kuala Pilah untuk menangkap seekor harimau kumbang yang didapati berkeliaran di kampus berkenaan.
A
A
A

KUALA PILAH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan memasang satu unit perangkap untuk menangkap seekor harimau kumbang yang berlegar di Universiti Teknologi Mara (UITM), Kuala Pilah.

Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, tindakan itu diambil bagi menjamin keselamatan penduduk, sekali gus mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

“Selepas menerima aduan dari pihak UITM Kuala Pilah, kita telah mengambil tindakan dengan memasang perangkap berhampiran kawasan UiTM. Lokasi itu dipercayai jadi laluan harimau berkenaan.

“Kita percaya haiwan itu datang dari dua hutan berhampiran UiTM Kuala Pilah, sama ada Hutan Simpan Pelangai atau Hutan Simpan Serting Tengah, " katanya.

Menurutnya, walaupun sangkar telah dipasang, pihaknya akan tetap melaksanakan pemantauan berterusan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku lebih-lebih lagi lokasi penemuan berhampiran dengan orang ramai.

Beliau berkata, orang ramai turut dinasihatkan tidak melakukan provokasi terhadap haiwan berkenaan dan diminta menghubungi Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, tular di laman sosial gambar seekor harimau kumbang berkeliaran di Kampus UiTM Kuala Pilah pada Rabu lalu dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Harimau kumbang berlegar-legar di UiTM Kuala Pilah

Kakitangan UiTM Kuala Pilah diminta waspada

Artikel Berkaitan: