203 rumah di Kupang dinaiki air

Sebanyak 17 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan selepas rumah mereka di mukim Kupang dinaiki air malam tadi.
Sebanyak 17 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan selepas rumah mereka di mukim Kupang dinaiki air malam tadi.
A
A
A

BALING - Sebanyak 203 keluarga membabitkan 19 kampung di mukim Kupang di sini terjejas apabila kediaman mereka dinaiki air sehingga 1 meter malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Baling, Leftenan (PA), Mohd Faizol Ab Aziz berkata, antara kawasan terjejas ialah Taman Mesra Fasa 2 (65), Kampung Teluk Merubi (20), Kampung Bukit Tinggi (17), Kampung Banggol Cicar (15) dan Kampung Tanah Periuk (14).

Kawasan lain ialah kampung Tanjung (13), Kampung Tanjung Merbau (13), Kampung Charok Kangar (12), Kampung Padang Lengkuas (5), Kampung Kemangi (5), Kampung Seberang Jaya (5), Kampung Ketemba (5), Kampung Jerai (4), Kampung Tiak (3), Kampung Padang Dan (3).

"Sebanyak dua keluarga di Kampung Jenalik terjejas manakala satu keluarga di Kampung Pisang, Kampung Bukit Legoong dan Kampung Sadek Tengah.

No Image Caption

"Susulan itu, dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Surau Misbah Hul Munir, Kampung Tiak Kupang dan Surau An Nur, Taman Mesra dibuka untuk menempatkan mangsa banjir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, seramai 18 mangsa dari lima keluarga termasuklah seorang warga emas dipindahkan ke PPS Surau Misbah Hul Munir, manakala 33 mangsa dari 12 keluarga dipindah ke Surau An Nur setakat jam 2 pagi tadi.

"Semua agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membantu menyalurkan bantuan kit makanan dan pakaian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Mohd Faizol yang juga Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling berkata, semua PPS berkenaan ditutup sepenuhnya kira-kira jam 11 pagi tadi.