Kerajaan tak paksa hotel jadi pusat kuarantin

Mohd Redzuan ketika menghadiri Sesi Libat Urus Antara Sepadu, Teraju, Yayasan Peneraju, agensi kerajaan, NGO dan Koperasi Negeri Perak di sebuah hotel di sini, hari ini.
Mohd Redzuan ketika menghadiri Sesi Libat Urus Antara Sepadu, Teraju, Yayasan Peneraju, agensi kerajaan, NGO dan Koperasi Negeri Perak di sebuah hotel di sini, hari ini.
A
A
A

IPOH - Kerajaan tidak memaksa pengusaha hotel menjadikan hotel mereka sebagai pusat kuarantin pesakit koronavirus (Covid-19) bagi individu yang baharu tiba dari luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, keputusan untuk menentukan pusat kuarantin diserahkan kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, ada permintaan daripada pihak hotel untuk menjadikan bilik mereka sebagai pusat kuarantin dalam tempoh penularan Covid-19.

"Kita sedia berbincang jika ada hotel yang membuat permohonan menjadikan sebagai pusat kuarantin," katanya kepada pemberita hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu pulang dari luar negara tidak dibenar pilih stesen kuarantin

Tiada lagi kuarantin rumah tetapi di stesen kuarantin

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Libat Urus Antara Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Koperasi Negeri Perak di sebuah hotel di sini.

Mohd Redzuan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Rahmad Mariman bahawa kerajaan negeri itu tidak akan membenarkan hotel dijadikan pusat kuarantin Covid-19 bagi mengelak sektor pelancongan terjejas.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan tidak mempunyai masalah jika hotel tidak membenarkan bilik mereka dijadikan pusat kuarantin Covid-19 kerana mungkin pengurusan terbabit mampu meneruskan operasi mereka.

Artikel Berkaitan: