Jersi Perak 2019, jersi tercantik

Ahmad Faizal berkata sesuatu pada sesi temubual berkenaan.
A
A

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Ahmad Faizal Azumu yakin jersi skuad The Bos Gaurus musim ini sebagai jersi tercantik dalam sejarah.

Ahmad Faizal berkata, jersi berkenaan adalah berbeza berbanding jersi-jersi sebelum ini katanya, kerana ia tidak memaparkan nama-nama penaja.

"Jersi kali ini tanpa letak nama penaja, kerana kita rasa ia menjadikan jersi berkenaan adak padat (crowded).

"Bagaimanapun, kita ucapkan terima kasih kepada semua penaja yang menaja pasukan musim ini," katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian ketika sesi temu bual di konti Perak FM, pagi tadi.

Hadir sama, bekas pemain Perak, Danial Fadzly Abdullah serta Shahdua pemain Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dan Muhammad Shahrel Fikry Md Fauzi.