Slot Liga Juara-Juara (UCL)

Aksi United dan Leicester dijangka hangat. - Foto Gettyimages
Aksi United dan Leicester dijangka hangat. - Foto Gettyimages
A
A
A

PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers menyifatkan Manchester United bakal berdepan tekanan bagi menamatkan aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di King Power Stadium hari ini.

Rodgers berkata, skuad The Red Devils itu kini agak terdesak untuk menamatkan saingan EPL dalam kelompok empat pasukan terbaik dalam usaha merebut slot automatik ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

"Ada perbezaan sebenarnya untuk berada dalam saingan UCL, tetapi apabila anda adalah kelab seperti Manchester United, ia (bersaing di UCL) adalah satu ‘kemestian.’

“Kami mahu berada dalam saingan berkenaan, tetapi jika kami gagal ia masih untuk sesuatu sebab yang munasabah.

“Secara ringkasnya, kami ‘mahu’ bersaing dalam UCL, tetapi United ‘perlu’ bersaing dalam UCL,” katanya.

Rodgers berkata demikian bagi mengulas mengenai aksi kedua-dua pasukan yang dilihat sebagai satu perlawanan besar dan penting sejak ia mengambil alih tugas selaku pengurus.

United yang berada pada tangga ketiga EPL dengan 63 mata dilihat berkongsi mata dengan Chelsea pada tangga keempat yang dilihat berpeluang cerah untuk meraih tiga mata ketika berdepan Wolverhampton Wanderers di Stamford Bridge hari ini.

Justeru tiada istilah tewas atau seri buat skuad The Red Devils itu yang dijangka akan beraksi bermati-matian kali ini bagi meraih tiga mata berdepan The Foxes atau terpaksa menunggu lagi sehingga musim berikutnya untuk beraksi dalam saingan UCL.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu menurutnya, situasi ketika ini sangat menarik dan mengakui pernah berdepan dengannya sebelum ini.

Katanya, situasi sedemikian secara keseluruhannya memerlukan setiap pasukan untuk menunggu hingga ke perlawanan terakhir bagi menentukan kejayaan atau kemaraan.

"Saya sendiri, pernah terlibat dalam aksi final dan aksi melibatkan dua peringkat perlawanan yang menjadikannya sangat menarik. Oleh itu saya bukan baharu dalam situasi seperti ini,” katanya.

"Adakalanya perkara seperti ini adalah sesuatu yang dicari-cari. Musim kita belum selesai sehinggalah ke perlawanan terakhir,” katanya.