PPKM Jeli ditubuh

Razali (duduk, kanan) dan Abd Halim (duduk, tengah) bersama ahli jawatankuasa PPKM Cawangan Jeli selepas mesyuarat agong persatuan berkenaan baru- baru ini.
A
A

JELI - Pesara kerajaan daerah ini berpeluang menjadi ahi Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Jeli yang ditubuhkan secara rasmi Khamis lalu.

Pengerusinya, Razali Ismail berkata, sebelum adanya persatuan di peringkat daerah itu, mereka banyak bergantung kepada PPKM negeri.

"PPKM ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyatukan semua pesara dalam satu organisasi.

"Ia juga bertujuan menjaga kebajikan dan kepentingan ahli serta membangkitkan persoalan- persoalan yang melibatkan kerajaan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Tambahnya, majlis perasmian PPKM Cawangan Jeli disempurnakan Yang DiPertua PPKM Kelantan, Datuk Abd Halim Hamad yang mewakili Ketua Jajahan, Nik Raisnan Daud.

"Kita berterima kasih kepada ketua jajahan dan Bank Muamalat atas khidmat nasihat, sumbangan dan segala kemudahan dalam menjayakan mesyuarat agung pertama ini," katanya.

Katanya, mesyuarat telah melantik jawatankuasa PPKM Cawangan Jeli bagi sesi 2019- 2020 yang terdiri daripada 10 ahli jawatankuasa.

Razali yang juga bekas penggawa daerah Jeli berkata, semua pesara kerajaan yang mempunyai kad pesara kerajaan Malaysia layak menyertai persatuan berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini seramai 48 ahli sudah berdaftar dan pihaknya mengalu- alukan penyertaan pesara-pesara kerajaan di daerah ini.