Fasa perubahan MADA

Dari kiri: Tuanku Syed Faizuddin Putra, Fouzi dan peserta kayuhan basikal di hadapan nombor 50 tahun yang digubah menggunakan pasu-pasu bunga.
Dari kiri: Tuanku Syed Faizuddin Putra, Fouzi dan peserta kayuhan basikal di hadapan nombor 50 tahun yang digubah menggunakan pasu-pasu bunga.
A
A
A

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Jubli Emas Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Peringkat Negeri Perlis yang diadakan di kawasan sawah berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Ujong Batu di sini kelmarin.

Baginda turut mengucapkan tahniah kepada Pengurus Besar MADA, Datuk Fouzi Ali dan warga kerjanya serta peladang di seluruh kawasan Muda atas sambutan 50 tahun penubuhannya pada 30 Jun baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap MADA akan terus muncul sebagai nadi jelapang padi negara.

“Semoga ALLAH SWT membalas dan melipat gandakan pahala kepada seluruh peladang yang telah memerah keringat dan bakti bagi memastikan bekalan beras dapat dinikmati oleh seluruh rakyat di Malaysia secara amnya dan Perlis secara khususnya,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menandatangani plak perasmian Sambutan Jubli Emas MADA Peringkat Negeri Perlis di kawasan sawah dekat Utan Aji, Kangar kelmarin.
Tuanku Syed Faizuddin Putra menandatangani plak perasmian Sambutan Jubli Emas MADA Peringkat Negeri Perlis di kawasan sawah dekat Utan Aji, Kangar kelmarin.

Sementara itu, Fouzi berkata, sejak penubuhan MADA lima dekad lalu, pihaknya melalui fasa perubahan yang memberangsangkan apabila berlaku peningkatan hasil padi terutama kualiti kehidupan peladang di seluruh kawasan Muda.

“Sebelum penubuhan MADA, dianggarkan sebanyak 72 peratus petani berada di bawah paras kemiskinan, namun selepas 50 tahun dengan pelbagai program yang dijalankan MADA, kadar kemiskinan berjaya dikurangkan sehingga di bawah paras satu peratus.

“Betapa pentingnya peranan utama yang dimainkan MADA terutama bagi mendorong, menggerak dan menyatukan keseluruhan peladang dalam satu masyarakat yang dinamik dan progresif bagi mencapai cita-cita penubuhannya.

Artikel Berkaitan:

“Peranan yang digerakkan oleh MADA juga telah mencetuskan pembangunan pertanian, ekonomi dan sosial yang sentiasa berlaku proses keperluan serta peluang-peluang baharu dalam industri pertanian,” katanya.

Fouzi (kanan) turut sama meletakkan pasu bunga sebagai gimik perasmian Sambutan Jubli Emas MADA Peringkat Negeri Perlis di kawasan sawah dekat Utan Aji, Kangar.
Fouzi (kanan) turut sama meletakkan pasu bunga sebagai gimik perasmian Sambutan Jubli Emas MADA Peringkat Negeri Perlis di kawasan sawah dekat Utan Aji, Kangar.

Terdahulu, Raja Muda Perlis disambut Fouzi dan Pengurus Wilayah I MADA, Zairizal Zainon serta ketua-ketua jabatan, agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta pihak swasta di pekarangan Masjid Kampung Binjal, Utan Aji di sini bagi Program Kayuhan Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena Jubli Emas MADA.

Program kayuhan berbasikal khas itu disekalikan dengan program rutin baginda iaitu Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Bilangan ke-31 bagi tahun 2020 sejauh 12km dan disertai kira-kira 90 orang peserta.

No Image Caption

Baginda berkenan berkayuh basikal untuk melawat dan menyampaikan bantuan kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih pada program kali ini iaitu Halimah Arof, 54, Mahani Nanyan, 66 dan Mazripah Hassan, 42.

Selain kit bantuan yang disampaikan MAIPs kepada tiga keluarga asnaf tersebut, MADA turut melakukan perkara yang sama dan kit bantuan disampaikan oleh Fouzi sendiri.

Raja Muda Perlis mengayuh basikal bersama lebih 90 peserta untuk menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada tiga buah keluarga asnaf di sekitar Utan Aji, Kangar kelmarin.
Raja Muda Perlis mengayuh basikal bersama lebih 90 peserta untuk menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada tiga buah keluarga asnaf di sekitar Utan Aji, Kangar kelmarin.

Sebelum mengakhiri program, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menanam pokok ros ‘The Prince’ di Aji Heritage Farm (AHF) di Utan Aji iaitu lokasi terakhir pada program kayuhan berbasikal khas itu.

AHF adalah salah satu lagi destinasi baharu agropelancongan di Perlis. Ia adalah pusat jualan mempelam harumanis Perlis, Perlis Sunshine.

Raja Muda Perlis (kanan) berkenan menerima cenderahati MADA yang disampaikan oleh Fouzi.
Raja Muda Perlis (kanan) berkenan menerima cenderahati MADA yang disampaikan oleh Fouzi.