Saarani dilantik Pengarah PRK DUN Slim

Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.
Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz pula dilantik sebagai Pengarah Operasi PRK tersebut.

"Mesyuarat MKT malam (tadi) dipengerusikan Ahmad Zahid memutuskan bahawa Saarani, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak sebagai Pengarah PRK DUN Slim.

"Saudara Mohd Zaidi Aziz, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim sebagai Pengarah Operasi PRK," klatanya di Twitternya malam tadi.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.

MKT parti itu turut memutuskan Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa akan membantu sepanjang kempen yang berlangsung mulai 15 Ogos hingga 29 Ogos itu.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan hari penamaan calon bagi PRK DUN Slim ialah pada 15 Ogos manakala tarikh mengundi awal pula pada 25 Ogos.

Artikel Berkaitan:

PRK itu diadakan susulan penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang pada15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Mohd Khusairi mewakili Barisan Nasional (BN) menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Amran Ibrahim dan Pas, Muhammad Zulfadli Zainal.

PRK DUN Slim adalah PRK yang ke 12 diadakan selepas PRU14.