Md Rayhan diusir keluar

A
A
A

KUALA LUMPUR - Lelaki Bangladesh dalam buruan, Md Rayhan Kabir ditahan Jabatan Imigresen Malaysia petang semalam.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud mengesahkan lelaki berusia 25 tahun terbabit ditahan jam 5.45 petang ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

"Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat di atas usaha dan komitmen mereka.

"Warganegara Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya," katanya dalam satu.kenyataan hari ini.

Difahamkan Md Rayhan ditahan hasil risikan selama dua minggu oleh sepasukan pegawai dan anggota bahagian risikan Ibu Pejabat JIM.

Terdahulu, JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari kontroversi berjudul Locked Up in Malaysia's Lockdown.

Dalam dokumentari itu, Md Rayhan Kabir mengkritik dan mendakwa wujud diskriminasi kerajaan Malaysia dalam mengendalikan kes Covid-19 melibatkan warga asing.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Md Rayhan Kabir ditahan petang tadi

Dakwa dilayan seperti binatang, Rayhan Kabir digesa tampil