KPT kerjasama dengan kerajaan negeri majukan industri di Kedah

Noraini (kiri) menerima kunjungan hormat Ku Abd Rahman hari ini bagi membincangkan kerjasama antara KPT dan Kerajaan Negeri Kedah.
Noraini (kiri) menerima kunjungan hormat Ku Abd Rahman hari ini bagi membincangkan kerjasama antara KPT dan Kerajaan Negeri Kedah.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha memajukan negeri jelapang padi itu terutama di Kulim Hi-Tech Park dan Projek Kedah Rubber City (KRC).

Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, ia selaras dengan program dua tahun pembelajaran di universiti dan dua tahun latihan industri (2u2i) KPT.

Beliau berkata, usaha itu bagi meningkatkan kemahiran pelajar, sekali gus memudahkan graduan mendapat kerja.

"Program 2u2i ini diperkenalkan oleh KPT sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang disasar menghasilkan situasi menang-menang buat pihak institusi dan pemain industri.

"Program 2u2i dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpasaran, persediaan dan kemahiran pelajar universiti memasuki alam pekerjaan," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu Noraini menerima kunjungan hormat Exco Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail yang juga Exco Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Pengajian Tinggi Kedah.

Artikel Berkaitan: