Khutbah Hari Arafah diterjemah ke dalam 10 bahasa

Umat Islam berkumpul di Gunung Arafah atau Jabal Rahmah pada Hari Arafah yang merupakan kemuncak ibadah haji. - Foto AFP
Umat Islam berkumpul di Gunung Arafah atau Jabal Rahmah pada Hari Arafah yang merupakan kemuncak ibadah haji. - Foto AFP
A
A
A

MAKKAH - Khutbah Hari Arafah akan diterjemahkan ke dalam 10 bahasa sebagai sebahagian daripada untuk menyampaikan mesej Islam kepada khalayak yang lebih luas.

Menurut laporan saudi Gazette, perkara itu diumumkan Presiden Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais pada taklimat media tahunan mengenai rancangan pihaknya untuk musim haji pada tahun ini.

Menurut Al-Sudais, beliau telah mengarahkan supaya jumlah bahasa yang digunakan dalam penterjemahan khutbah ditambah daripada lima kepada 10.

10 bahasa itu adalah Bahasa Melayu, Inggeris, Urdu, Parsi, Perancis, Cina, Turki, Rusia, Haudan dan Bengali.

Ia juga akan tersedia pada aplikasi khutbah Arafah dan platform Manarat Al-Haramain.

Al-Sudais turut menggariskan bahawa projek tersebut adalah yang terbesar di dunia dan kerajaan sudah bersiap sedia untuk melaksanakannya bagi tahun ketiga berturut-turut. - Agensi

Artikel Berkaitan: