Orang lain akan menyanyi di AJL33: Altimet

Penyanyi, Altimet
A
A

PENYANYI rap dan penulis lirik, Altimet atau Ahmad Abdul Rahman memberitahu dia tidak akan membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-33.

Menurut, Altimet, 39, bagaimanapun berkata, akan ada penyanyi lain yang menggantikan tempatnya.

Sungguhpun begitu, Altimet tidak mendedahkan lagi siapakah penyanyi tersebut.

"Bersama dari menyanyi. Nanti orang lainlah menyanyi dekat AJL. Tulisan aku sahaja masuk.

"Tak mabuk ketum, acai. Orang sahaja yang tak faham caturan aku," jawabnya apabila disoal netizen perihal persaraannya dari bidang muzik.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Altimet kotakan janji... ]

Sementara itu, di ruang komen sama peminat berharap agar penyanyi ini tidak senyap terus dari radar seni suara.

"Jangan terus senyap ok bro? Nak tengok perkembangan legend sorang ni juga lepas ini. Tak kisah lah post atau IG Story, janji share ok!," komen peminat.

Menyambut komen itu, Altimet memberitahu dia bakal menunjukkan prinsipnya.

"Biar aku tunjukkan cara keluar masuk industri ini sambil pegang prinsip.

"Satu hari nanti korang akan faham," akhirnya.

Difahamkan, sebelum ini Altimet memaklumlan dia bakal bersara dari industri muzik pada 27 November 2018 selepas pelancaran album terakhirnya.