Harga RON95, RON97 turun 4 sen

Harga RON95 dan RON97 turun masing-masing ke RM1.68 dan RM1.98 seliter, manakala diesel pula RM1.82 seliter.
Harga RON95 dan RON97 turun masing-masing ke RM1.68 dan RM1.98 seliter, manakala diesel pula RM1.82 seliter.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON95 dan RON97 turun empat sen masing-masing ke RM1.68 dan RM1.98 seliter, manakala diesel pula turun lima sen ke RM1.82 seliter untuk tempoh seminggu dari tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, penurunan harga runcit produk petroleum itu dipengaruhi perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan trend harga minyak mentah pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: