X

Kindly register in order to view this article
!

Pemancing dikhuatiri lemas

Kawasan pemancing yang dilaporkan terjatuh.
A
A

GEORGETOWN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ketika memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang di KM4.0 arah Pulau menghala ke Perai pagi tadi.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.35 pagi sebelum menggerakkan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Y Gananaphan, 27, berasal dari Butterworth disyaki telah terjatuh ke laut ketika memancing di bawah jambatan di tiang tiang 32.

"Ketika kejadian mangsa berbaju kelabu dan berseluar pendek.

"MRSC (Pusat Menyelamat Maritim) Langkawi mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus aduan diterima," katanya ketika dihubungi di sini.

Hamizan berkata, operasi mencari mangsa dilaksanakan dibantu pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, maklumat awal daripada rakan mangsa memaklumkan bahawa mangsa terkena sawan dan jatuh ke dalam laut semasa memancing.

Beliau berkata, semasa kejadian mangsa tidak memakai jaket keselamatan walaupun telah dibekalkan oleh pemandu bot.

"Semasa kejadian juga hanya mangsa dan rakannya sahaja yang berada di tiang No. 32 dan setakat ini operasi mencari mangsa masih lagi diteruskan dengan bantuan pelbagai agensi," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!