Tujuh NGO buat laporan conteng mural Agong

Amirudin (dua, kiri) bersama enam wakil NGO lain membuat laporan polis berhubung tindakan biadap individu yang menconteng gambar Agong dan pemimpin negara di IPD Pekan.
Amirudin (dua, kiri) bersama enam wakil NGO lain membuat laporan polis berhubung tindakan biadap individu yang menconteng gambar Agong dan pemimpin negara di IPD Pekan.
A
A
A

PEKAN - Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis secara berasingan susulan kejadian vandalisme mural gergasi pada dinding sebuah bangunan kedai Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor Isnin lalu.

Mural yang diconteng itu ialah potret Yang Al-Sultan Abdullah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

NGO ialah Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Pahang, Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Pahang, Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Persatuan Veteran Angkatam Tentera Malaysia (ATM) Pahang, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Pahang, Ikatan Muslimin Malaysia Pahang dan Persatuan Pondok.

Pengerusi Pembela Malaysia, Amirudin Yahya berkata, laporan itu dibuat sebagai solidariti rakyat Pahang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pemimpin negara.

"Isu sebegini sangat sensitif dan tindakan mereka menconteng juga dianggap serius," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua NGO terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, petang kelmarin.

Dalam pada itu, Amirudin mahu kerajaan mengambil tindakan tegas dan memberkas dalang di sebalik kejadian tersebut.

Jelasnya, perbuatan merosakkan mural dianggap biadab dan mencemarkan nama baik institusi diraja dan bercanggah dengan prinsip Rukun Negara.

Artikel Berkaitan:

"Jadi, kita menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas kepada pelaku," katanya.

Isnin lalu, mural itu disembur cat merah dengan perkataan yang tidak menyenangkan, sehingga seluruh lukisan di dinding itu terpaksa dipadamkan.