Sugu mengaku tidak bersalah sengaja cederakan Pavithra

Sugu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Pavithra di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.
Sugu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Pavithra di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.
A
A
A

IPOH - M Sugu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh sekali lagi petang ini, kali ini dengan pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, S Pavithra yang merupakan seorang YouTuber masakan sensasi.

Sugu, 29, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan ke atas Pavithra, 28, dengan menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini antara jam 4 petang hingga 5 petang pada Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Pavithra mengaku tidak bersalah

Suami Pavithra didakwa lagi

Pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Waffy Ismail menawarkan jaminan RM10,000 namun, tertuduh diwakili peguam, Mahinderjit Singh mohon jaminan dikurangkan RM3,000.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian membenarkan dia diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes 17 Ogos depan.

Pagi tadi, di mahkamah sama, suami Pavithra itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit di tempat awam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000.