12 individu dikompaun gagal patuhi SOP PKPP

Beberapa individu dikenakan kompaun kerana berkumpul di tempat riadah tanpa penjarakan sosial di bandar raya Alor Setar, semalam.
Beberapa individu dikenakan kompaun kerana berkumpul di tempat riadah tanpa penjarakan sosial di bandar raya Alor Setar, semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 12 individu dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi operasi standard prosedur (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sekitar bandar raya Alor Setar, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, pihaknya kembali melakukan pemantauan tegas susulan kenaikan kes koronavirus (Covid-19).

Mohd Redzuan berkata, seramai 12 individu berusia antara 13 hingga 66 tahun didapati melanggar syarat PKPP berdasarkan pemantauan pasukan pemantau Op Covid-19 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

"Antara kesalahan melanggar syarat PKPP ialah berkumpul di tempat riadah tanpa penjarakan sosial, tiada laluan keluar masuk di premis perniagaan, tidak mengamalkan pengambilan suhu dan tidak mengambil butiran pelanggan.

"Susulan itu, kita mengenakan tindakan kompaun terhadap mereka atas kesalahan dilakukan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Redzuan berkata, seramai 14 warga asing yang memiliki kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) turut ditangkap kerana melanggar syarat PKPP apabila gagal memberikan alasan munasabah sebab mereka berkumpul di premis kedai makan.

Menurutnya, pihaknya akan melakukan pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu serta pemilik premis yang gagal mematuhi SOP ditetapkan.

Artikel Berkaitan: