X

Kindly register in order to view this article
!

Dua rumah, empat kenderaan musnah terbakar

Dua buah rumah dan empat kenderaan musnah dalam kebakaran di Lorong Aik Hwa 6, Jalan Kebun Sayur, Bakri, Muar, Johor, hari ini.
A
A

MUAR - Dua rumah dan empat kenderaan musnah dalam satu kebakaran di Lorong Aik Hwa 6, Jalan Kebun Sayur, Bakri di sini awal pagi hari ini.

Dalam kebakaran pada jam 3.27 pagi, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua penghuninya sempat menyelamatkan diri.

Usaha memadamkan kebakaran dilakukan penduduk kawasan itu tetapi tidak berjaya sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar.

Komander Operasinya, Penguasa Kanan Pegawai Bomba Mohd Jefri Jamal berkata, seramai 16 anggota BBP itu dikejarkan ke tempat kejadian.

"Operasi memadam kebakaran melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Kerja-kerja memadam api turut dibantu sebuah lori tangki dan satu utiliti Hilux," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kebakaran itu melibatkan dua buah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 30 kaki x 80 kaki yang terbakar sebanyak 70 peratus.

Jelasnya, salah satu rumah dijadikan sebagai kedai dan kebakaran turut melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang terbakar 80 peratus.

Selain itu katanya, tiga buah motosikal turut terbakar iaitu jenis Honda EX5 (70 peratus), Kriss (6 peratus) dan SYM (95 peratus).

"Bagi mengawal kebakaran bomba menggunakan tiga aliran termasuk 800 kaki dua breeching serta empat pancutan menggunakan sumber air dari jentera FRT dan pili bomba berhampiran," katanya.

Tambahnya, keseluruhan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.30 pagi, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!