1 KAD bantu mangsa ribut di Pekan

Pasukan 1 KAD bertungkus lumus memasang bumbung baharu di rumah mangsa ribut.
Pasukan 1 KAD bertungkus lumus memasang bumbung baharu di rumah mangsa ribut.
A
A
A

KUANTAN - Sebelas anggota termasuk pegawai Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) membantu membaik pulih rumah penduduk yang mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan ribut yang melanda daerah Pekan pada 29 Jun lalu.

Mereka terdiri seorang pegawai dan 10 anggota lain-lain pangkat dari Skuadron Bravo 1 KAD Yang merupakan pasukan di bawah naungan 4 Briged (Mek) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pegawai Pemerintah Skuadron Bravo Rejimen Pertama Kor Armour Diraja, Mejar Ahmad Rosnizam Mat Stu berkata, tiga buah rumah dibaikpulih dalam program dinamakan Program Jiwa Murni ini iaitu dua di Kampung Pulau Serai dan sebuah rumah di Kampung Merchong, Pekan.

"Kerja baik pulih ini dilaksanakan bagi menjunjung titah Pemangku Raja Pahang Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafi Billah Shah.

"Program ini turut mendapat kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Pekan, Jawatankuasa Kemakmuran Dan Keselamatan (JKKK) Kg Pulai Serai dan JKKK Kg Merchong, Pekan dalam menyediakan bahan-bahan binaan dan sajian kepada anggota yang terlibat dalam kerja-kerja pembaikan tersebut.

"Rumah mangsa yang terlibat ialah rumah milik Tengku Raheelawati Tengku Adanan di Taman Peramu Jaya Pulau Serai dengan membaiki bumbung dan mengecat. Bumbung rumah Jelimah Abdullah Di Kampung Pulau Serai, Jalan Tanjung Selangor, pula tercabut akibat dipukul ribut.

"Manakala rumah Mohd Sariff Mustapar di Kampung Merchong, Permatang Durian 2 juga kita baiki namun bumbung dan sapu cat sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan: