Kuliah Dhuha Jumaat di Kedah ikut SOP

Muhammad Sanusi (tengah) bersama sebahagian peserta mengambil bahagian dalam Kuliah Dhuha Jumaat di Dewan Sri Mentaloon, di sini hari ini.
Muhammad Sanusi (tengah) bersama sebahagian peserta mengambil bahagian dalam Kuliah Dhuha Jumaat di Dewan Sri Mentaloon, di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Kuliah Dhuha Jumaat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah yang dilancarkan hari ini dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kuliah dhuha anjuran Pejabat Menteri Besar Kedah itu akan diadakan setiap Jumaat mengikut giliran penyampai kuliah terlibat.

"Mereka yang tidak mahu memakai pelitup muka boleh mendengar dan mengikuti kuliah dhuha itu secara dalam talian," katanya selepas menyempurnakan Pelancaran Kuliah Dhuha Jumaat di Dewan Sri Mentaloon, di sini, tadi.

Turut hadir, Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad.

Katanya, tiada had bilangan peserta ditetapkan dan jemaah dibenarkan mengikut muatan dewan dengan penjarakkan sosial.

Menurutnya, aktiviti keagamaan berkenaan akan diadakan setiap Jumaat bermula jam 9 hingga 10 pagi untuk slot pertama, diikuti slot kedua mulai jam 10 hingga 11 pagi.

"Antara penyampai kuliah ialah Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang, bekas Mufti Kedah, Datuk Muhammad Baderuddin Ahmad dan Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad," katanya.

Dalam perkembangan sama katanya, kuliah dhuha berkenaan akan dilaksanakan di kesemua 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Pusat Khidmat DUN dengan kerjasama pusat pengajian berkaitan.

Artikel Berkaitan:

"Saya yakin melalui usaha yang dilaksanakan berkenaan Kedah akan menjadi negeri yang subur dengan pengajian ilmu khususnya setiap Jumaat,"katanya.

Terdahulu, kira-kira 530 peserta mengambil bahagian dalam kuliah dhuha Jumaat diadakan buat julung-julung kalinya hari ini.