X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Sesi awal Bursa Malaysia saksi dagangan tidak menentu

A
A

DAGANGAN di Bursa Malaysia berehat seketika pada sesi awal pagi ini untuk dibuka rendah sedikit selepas mencatatkan keuntungan menggalakkan semalam dengan urus niaga tidak menentu.

Bagaimanapun, untuk indeks secara keseluruhannya, Pasaran ACE masih lagi merekodkan momentum positif dengan mengukuh 0.42 peratus, sebaliknya, kaunter kegemaran para pelabur iaitu kaunter-kaunter penjagaan kesihatan merosot 1.92 peratus.

Pada 9.03 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.63 mata kepada 1,604.79 berbanding 3.12 mata ketika dibuka.

Kaunter untung dan rugi mencatatkan jumlah yang sama iaitu 200, manakala 276 kaunter tidak berubah, 1,324 tidak diniagakan dan 16 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 843.65 juta unit bernilai RM241.81 juta.

Seorang penganalisis berkata, pasaran secara keseluruhannya akan terus menjadi permintaan bagi saham murah kerana prospek lebih cerah bagi mereka untuk berhadapan dengan gelombang Covid-19 terutamanya saham teknologi.

"Berbanding saham mewah terutamanya perbankan yang telah tertekan sejak awal tahun ini, para pelabur menjangkakan pulangan yang kecil tetapi tinjauan masa depannya nampak kukuh,” kata beliau.

Di FBM KLCI, Malacca securities berkata momentum positif indeks utama akan terus dipacu oleh prestasi kukuh saham berwajaran tinggi kaunter pembuat sarung tangan seperti Hartalega dan Top Glove.

Bagaimanapun, keuntungan boleh terbatas dek kelemahan prestasi semalaman Wall Street yang mungkin boleh menjejaskan ekuiti Asia.

Pada awal dagangan, Hartalega dan IHH, masing-masing susut lapan sen dan lima sen kepada RM17.90 dan RM5.35.

Kaunter perbankan, Public Bank turut menyaksikan penurunan sebanyak empat sen kepada RM17.88 manakala kumpulan CIMB dua sen lebih rendah kepada RM3.64.

Lebih separuh daripada indeks dibuka tanpa diniagakan.

Dalam kalangan saham paling cergas, kauunter teknologi NETX meningkat setengah sen kepada 1.5 sen, manakala Eduspec dan Vivocom, kedua-duanya kekal pada dua sen dan 3.5 sen tetapi mencatatkan transaksi sebanyak 300 juta.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 14.39 mata kepada 11,368.19, Indeks FBMT 100 susut 12.51 mata kepada 11,213.52 dan Indeks FBM Emas Shariah Iemah 18.63 mata kepada 13,211.57.

Indeks FBM 70 turun 20.27 mata kepada 14,254.60 dan FBM ACE menokok 31.77 mata kepada 7,940.62.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 8.68 mata kepada 13,505.95, Indeks Perladangan mengukuh 8.03 mata kepada 7,127.87 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.06 mata kepada 141.68. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!